Otai BERSIH

Public & Government Service

Satukan Tenaga Malaysia Baru

1:18
Tidak seorang pun Perdana Menteri sebelum ini yang punyai banyak kerenah dalam membuat rumah terbuka melainkan najib. Sudahlah dijemput tetapi menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi. Kalau dia sendiri sudah tidak mempercayakan rakyat, begitu jugalah rakyat yang tidak percaya langsung dengan dia. Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya. Walau bagaimanapun, keselamatan tahun ini dilaporkan lebih ketat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Beberapa pertubuhan media juga dilarang memasuki premis berkenaan. Selepas meletak kereta masing-masing di sebuah lot yang ditetapkan, pengunjung kemudian perlu mengambil bas ke Seri Perdana sebelum menghabiskan sekurang-kurangnya satu jam untuk berbaris. Menunggu mereka di hujung barisan adalah proses pemeriksaan keselamatan yang cukup ketat. Selain pemeriksaan tubuh, pengesan logam turut digunakan. Mereka yang membawa beg, turut terpaksa menyerahkannya untuk diperiksa. Antara barangan paling banyak yang dirampas, termasuk botol minuman, dan diikuti dengan payung. Objek tajam atau mudah terbakar juga dirampas, termasuk mancis. Turut tidak terlepas adalah vape atau dikenali sebagai e-rokok. Malah gunting kecil ini juga dianggap sebagai barangan larangan oleh kakitangan keselamatan. Mereka yang akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Seri Perdana dihidangkan dengan pelbagai juadah, kebanyakannya makanan tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat dan nasi himpit. Pengunjung juga boleh menikmati persembahan pentas. Ramai juga dilihat mengangkut beg cenderahati yang dipercayai mengandungi kuih raya.
2 days ago
2:26
Ziana Zing...
16 days ago